Ads 468x60px

Monday, July 18

Apa itu sahabat??


“Apa yang kita alami demi sahabat kadang-kadang memenatkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah”
“Persahabatan sering berhadapan beberapa ujian, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi ujian itu bahkan bertumbuh bersama”
“Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya”
“Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur kesilapannya kerana itulah tanda sayangnya pada kita”
“Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya”
“Kerinduannya adalah menjadi sebagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis”
“Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya"
“Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri”
“Dalam masa kejayaan, sahabat mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal sahabat kita. Cuba anda fikirkan, siapa yang ada disamping anda jika anda dalam kesulitan? Siapa yang berada di samping anda??. Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa dalam kesunyian??”
 "Merekalah sahabat-sahabat anda”
“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Kerana seorang sahabat biasanya lebih hampir dengan kita berbanding saudara kita”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com