Ads 468x60px

Saturday, January 18

Rehlah Tarbiyyah Siri 1

Alhamdulillah, baru-baru ini, Allah masih memberi ruang kesempatan untuk mengadakan Rehlah Tarbiyyah buat kali pertamanya dalam group discussion. Lokasi pilihan adalah Cameron Highland. Subhanallah, banyak lagi rupa-rupanya tempat-tempat menarik yang belum pernah dilawati di Malaysia. Luas sungguh bumi Allah ini...Yang pasti perjalanan kali ini bukan seperti biasa kerana penuh dengan mehnah dan tribulasi dalam mentarbiyyah fizikal dan mental. Tapi yakinlah Allah maha penyayang kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walau seribu mehnah datang bertubi-tubi, tetapi Alhamdulillah, sampai juga di Cameron Highland...

Tentatif Ringkas
2.30pg   > Qiammualail di Masjid Mursyidin, UPSI
3.00pg   > Bertolak ke Cameron Highland
4.00pg   > Berehat dan Solat Subuh di Tol Tapah
7.00pg   > Sarapan diperjalanan
8.00pg   > Ke Ladang dan Kilang Teh BOH
10.00pg > Solat Dhuha di Surau Nurul Falah,Ladang Teh BOH
11.00pg > Ke Ladang Lebah
12.00tgh > Ke Masjid Kayangan Brinchang untuk Solat Jumaat
2.00ptg   > Ke Ladang Straberry, Sungai Bisik
4.00ptg   > Ke Hutan Lipur, Kuala Woh
5.00ptg   > Solat Asar, Berkelah, BBQ di Hulan Lipur, Kuala Woh
7.00mlm  > Solat Magrib di Surau Hulan Lipur, Kuala Woh
8.00mlm  > Ziarah sahabat sambil menikmati Raja Buah
9.30mlm  > Bertolak balik ke UPSI


Di Ladang Teh BOH









Di Ladang Lebah



Di Ladang Strawberry





Berkelah Di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah




  Ada Kolam air panas semula jadi

Ziarah Sahabat sambil menikmati Raja buah


Friday, January 17

Si Soleh buat Solehah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, kembali bersama cikgu semula setelah sekian lama menghilang. Siapa yang hilang? Sebenarnya tiada siapa yang menghilang cuma cikgu sebelum ini rehat seketika daripada penulisan blog. Post kali ini berkaitan dengan soleh dan solehah. Jika dilihat tajuknya sahaja sudah mencerminkan tentang percintaan dua insan atau dengan kata lain tentang satu ikatan perkahwinan sebab dalam islam tiada istilah cinta sebelum kahwin. Setahun lamanya tidak berbica bab ini. Cuma post kali ini nak berkongsi kisah seorang anak bersama ibunya yang diambil daripada seorang sahabat. Cuba fahami setiap perjalanan cerita tersebut. Kisahnya begini...

 Suatu Hari..Seorang anak gadis datang bertanya kepada ibunya: “Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”

Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa, kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya. Pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia dan imannya."

“Ibu,  bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi.

“Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan Allah.Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyak amalmu.

Lalu jika hari itu tiba…Terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menggodamu. Namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih, namun ingatlah, jika kau alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga keturunannya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya.”

“Istikharahlah..Dan.. Jika pilihanmu mantap padanya…Berkahwinlah nak, kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah kau akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu.

Rasailah cinta bersamanya…Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…Kekurangannya akan menjadi bibit-bibit cinta di antara kalian..Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…Saling memperbaiki akhlak..Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.Harungi bahtera rumah tangga dengan senyum ceria.Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kukuh azamnya.Dan…Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati..” 


Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. 

Friday, January 10

Kembali Kepangkuan


Ya Allah rindu rasanya 
dah lama tidak bersua...
dah lama tidak berbicara...
dah lama tidak berjalan bersama...
dah lama tidak makan bersama...

Alhamdulillah, doaku dimakbulkan...
Hadirnya walau seketika...
Bagai jalinan kali pertama mengungkap kembali...
Drama dahulu penuh konflik,
Pemisah ikatan, jauh disisihkan ketepi..
Bina kembali lembaran baru...

Tetap terus berdoa,
Membina kembali ikatan rabitha,
Agar ukhwah terus utuh,
Kekal bersama hingga ke syurga.

MasyaAllah, manisnya ukhwah,
Seorang abang rindukan ,
adiknya yang hilang seketika...


10.01.14 l 4.26 PM

Thursday, January 9

Rayuan Qalbun


Dari kaca mata,
menyingkap kembali pintu qalbun,
berkurun lamanya bersemadi,
bertapa dibukit murobbi,
terus merungkai jawapan,
disebalik soalan kehidupan. 

Daunan pintu qalbun dibuka,
sedikit demi sedikit,
menganalisis nur iman,
dulunya naik seketika
Turun mendadak, 
ibarat mata wang tiada nilai.

Silauan mata tidak pernah menipu,
walau sesaat mulut pernah berdusta,
banjir airmata  sekalipun,
qalbun pendosa tidak lenyap begitu,
menunggu giliran untuk dirawat.

Rentapan kuat memecah sinar mentari,
gugur bertaburan jiwa raga,
 mengira titik-titik hitam,
yang masih ada,

Tenanglah wahai qalbun,
tiada nama kehidupan tanpa panca roba,
masih sempat dirawat,
kerana kehidupan masih berbaki. 




Wednesday, January 8

Tiada titik pengakhiran



Lama sudah meninggalkan warkah ini. Menyepi buat seketika dalam mencari nur yang hilang di bumi UPSI. InsyaAllah, kini kembali menghidupkan semula warkah untuk tantapan semua. Semoga Allah reda setiap penulisan yang dikongsikan dari dulu,kini dan selamnya ..Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com