Ads 468x60px

Featured Posts

Sunday, February 2

Lafaz Ikrar Sakinah


Johor merupakan satu-satunya negeri yang menggunakan Modul Keluarga Sakinah semasa akad nikah. Memang memakan masa tetapi amat inilah saat yang amat bermakna bagi bakal pengantin. Banyak sangat proses bermula tok kadi bertazkirah, bacaan taklik oleh suami, bacaan dari isteri, pesanan dari ibu dan ayah pengantin perempuan sampai lah 'bangun, berdiri dan berselawat' semua dilakukan dengan cermat. Tapi walaupun makan masa, keberkatan nya memang terasa.Sayu dan syahdu je bila bermula lafaz ikrar tersebut. Ni kena praktik awal-awal ni supaya tidaklah tergagap dan kita pun dapat kawal emosi..Hukumnya Sunat tau sebab Rasulullah pun pernah buat cuma kandungan text nya samaada sama atau tidak..Rugi tidak buat..


1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca:
“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..”

Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut:
“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”

2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati:
“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”
Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:
“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah s.w.t..”

3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :
“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin..”

4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)

“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”

5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”
Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.

6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)

“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan)dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah..”



Saturday, January 18

Rehlah Tarbiyyah Siri 1

Alhamdulillah, baru-baru ini, Allah masih memberi ruang kesempatan untuk mengadakan Rehlah Tarbiyyah buat kali pertamanya dalam group discussion. Lokasi pilihan adalah Cameron Highland. Subhanallah, banyak lagi rupa-rupanya tempat-tempat menarik yang belum pernah dilawati di Malaysia. Luas sungguh bumi Allah ini...Yang pasti perjalanan kali ini bukan seperti biasa kerana penuh dengan mehnah dan tribulasi dalam mentarbiyyah fizikal dan mental. Tapi yakinlah Allah maha penyayang kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walau seribu mehnah datang bertubi-tubi, tetapi Alhamdulillah, sampai juga di Cameron Highland...

Tentatif Ringkas
2.30pg   > Qiammualail di Masjid Mursyidin, UPSI
3.00pg   > Bertolak ke Cameron Highland
4.00pg   > Berehat dan Solat Subuh di Tol Tapah
7.00pg   > Sarapan diperjalanan
8.00pg   > Ke Ladang dan Kilang Teh BOH
10.00pg > Solat Dhuha di Surau Nurul Falah,Ladang Teh BOH
11.00pg > Ke Ladang Lebah
12.00tgh > Ke Masjid Kayangan Brinchang untuk Solat Jumaat
2.00ptg   > Ke Ladang Straberry, Sungai Bisik
4.00ptg   > Ke Hutan Lipur, Kuala Woh
5.00ptg   > Solat Asar, Berkelah, BBQ di Hulan Lipur, Kuala Woh
7.00mlm  > Solat Magrib di Surau Hulan Lipur, Kuala Woh
8.00mlm  > Ziarah sahabat sambil menikmati Raja Buah
9.30mlm  > Bertolak balik ke UPSI


Di Ladang Teh BOH









Di Ladang Lebah



Di Ladang Strawberry





Berkelah Di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah




  Ada Kolam air panas semula jadi

Ziarah Sahabat sambil menikmati Raja buah


Friday, January 17

Si Soleh buat Solehah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, kembali bersama cikgu semula setelah sekian lama menghilang. Siapa yang hilang? Sebenarnya tiada siapa yang menghilang cuma cikgu sebelum ini rehat seketika daripada penulisan blog. Post kali ini berkaitan dengan soleh dan solehah. Jika dilihat tajuknya sahaja sudah mencerminkan tentang percintaan dua insan atau dengan kata lain tentang satu ikatan perkahwinan sebab dalam islam tiada istilah cinta sebelum kahwin. Setahun lamanya tidak berbica bab ini. Cuma post kali ini nak berkongsi kisah seorang anak bersama ibunya yang diambil daripada seorang sahabat. Cuba fahami setiap perjalanan cerita tersebut. Kisahnya begini...

 Suatu Hari..Seorang anak gadis datang bertanya kepada ibunya: “Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”

Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa, kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya. Pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia dan imannya."

“Ibu,  bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi.

“Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan Allah.Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyak amalmu.

Lalu jika hari itu tiba…Terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menggodamu. Namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih, namun ingatlah, jika kau alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga keturunannya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya.”

“Istikharahlah..Dan.. Jika pilihanmu mantap padanya…Berkahwinlah nak, kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah kau akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu.

Rasailah cinta bersamanya…Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia…Kekurangannya akan menjadi bibit-bibit cinta di antara kalian..Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi…Saling memperbaiki akhlak..Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.Harungi bahtera rumah tangga dengan senyum ceria.Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia..Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kukuh azamnya.Dan…Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati..” 


Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. 

Friday, January 10

Kembali Kepangkuan


Ya Allah rindu rasanya 
dah lama tidak bersua...
dah lama tidak berbicara...
dah lama tidak berjalan bersama...
dah lama tidak makan bersama...

Alhamdulillah, doaku dimakbulkan...
Hadirnya walau seketika...
Bagai jalinan kali pertama mengungkap kembali...
Drama dahulu penuh konflik,
Pemisah ikatan, jauh disisihkan ketepi..
Bina kembali lembaran baru...

Tetap terus berdoa,
Membina kembali ikatan rabitha,
Agar ukhwah terus utuh,
Kekal bersama hingga ke syurga.

MasyaAllah, manisnya ukhwah,
Seorang abang rindukan ,
adiknya yang hilang seketika...


10.01.14 l 4.26 PM

Thursday, January 9

Rayuan Qalbun


Dari kaca mata,
menyingkap kembali pintu qalbun,
berkurun lamanya bersemadi,
bertapa dibukit murobbi,
terus merungkai jawapan,
disebalik soalan kehidupan. 

Daunan pintu qalbun dibuka,
sedikit demi sedikit,
menganalisis nur iman,
dulunya naik seketika
Turun mendadak, 
ibarat mata wang tiada nilai.

Silauan mata tidak pernah menipu,
walau sesaat mulut pernah berdusta,
banjir airmata  sekalipun,
qalbun pendosa tidak lenyap begitu,
menunggu giliran untuk dirawat.

Rentapan kuat memecah sinar mentari,
gugur bertaburan jiwa raga,
 mengira titik-titik hitam,
yang masih ada,

Tenanglah wahai qalbun,
tiada nama kehidupan tanpa panca roba,
masih sempat dirawat,
kerana kehidupan masih berbaki. 




Wednesday, January 8

Tiada titik pengakhiran



Lama sudah meninggalkan warkah ini. Menyepi buat seketika dalam mencari nur yang hilang di bumi UPSI. InsyaAllah, kini kembali menghidupkan semula warkah untuk tantapan semua. Semoga Allah reda setiap penulisan yang dikongsikan dari dulu,kini dan selamnya ..Amin

Friday, February 1

Malam Bersejarah,Sang Pendayung Pusaka & Kelip-kelip




Suatu ketika...
Perjalanan malam di Kuala selangor..
Bintang - bintang menerangi setiap pelusuk...
Aku mengamati setiap langkah...
Hebatnya ciptaan yang maha kuasa...

Tradisi masih tak hilang ditelan zaman...
Sampan-sampan pusaka tersedia dinaiki...
Mencari dan terus mencari disebalik kegelapan...
Muncullah kelip-kelip ciptaan ilahi...
Di celahan Pohon Berembang...
Indahnya malam itu....

Ku lihat pendayung bersemangat...
Aku dapat rasakan...
Itulah saat yang bahagia bagi mereka...
Mencari nafkah Pendayung Sampan Pusaka...
Demi menyara hidup anak dan isteri...

Sungai yang mengalir menjadi saksi...
Pertemuan yang hanya sementara...
Mengukir sejarah dalam ingatan..
bersama Sang Pendayung Pusaka & Kelip-kelip..


Nukilan:
Mujahidin Murabbi,
Pencetus Revolusi.
1 Februari, 9.00 malam

Thursday, January 24

Akhirnya Tenang Juga Aku




Aku seorang insan,
Berlari dalam bulatan kehidupan,
Mencari setitis ketenangan,
Buat seketika waktu yang lampau.

Di sebalik pencarian,
Sebuah kehidupan aku temui
Di dalamnya ada sebuah keluarga
Yang sentiasa mengambil berat tentangku,
Sudi bersama mengharungi susah dan senang,
Sanggup luangkan masa sesaat bersama aku,
Tenang rasanya dihati pabila bersama merekanya.

Aku tahu mereka juga insan seperti aku,
Manusia yang tiada kekal abadi didunia,

Tapi….
Aku hanya mencari ketenangan seketika,
Buat diriku yang lemah ini,
Yang hampir rebah dimamah bumi,
Salahkah aku bersama mereka?

Cantiknya bintang ciptaan Allah,
Yang bersinar-sinar dilangit,
Menyumbang cahaya di pelusuk kegelapan,
Cukup menarik buat tatapan mata hati,
Yang masih mencari cahaya,
Aku sedar diri, aku tidak sesinar bintang itu,
Aku sedar diri,aku tidak sesinar bulan dan matahari yang ada,
Walaupun aku cuba-cuba menyinar,
Sesaat kemudian padam semula,
Meraba aku mencari cahaya yang hilang itu.

Owh..
Rupa-rupanya kini aku dalam ketenangan,
Di alam kehidupan baru,
Yang diimpikan selama ini,
Kekal buat selama-lamanya
Yang pernah dijanjikan,
Buat semua yang bergelar manusia,

Akhirnya tenang juga aku 
Buat selama-lamanya
Nukilan Hati Cikgu Amirul

Sunday, December 23

MATA KECILKU


Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Allahu akbar!

Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Wednesday, December 19

Izinkan Aku Menangis

Assalammualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana masih meminjamkan roh untuk terus menukil selembar kata-kata yang lahir dari sanubari kehidupan seorang hamba. Cinta Rasulullah s.a.w. yang tersemat di qalbu memberi suntikan semangat untuk menulis dan terus menulis...


Aku ingin menangis seketika,
Mengenang diri yang semakin dewasa ini,
Hidup kita sememangnya tidak sempurna,
Tetapi hakikatnya kita perlukan kesempurnaan untuk hidup....

Sekali lagi aku terjatuh dan terjatuh..
Tak mampu lagi nak bangkit menyuarakan apa yang tersirat dalam qalbu..
Hanya mampu berdiam diri ketika diri sendiri di persalahkan setiap hari..
Aku biarkan semua ini terus berlalu dengan sekelip mata..

Sekali lagi berlaku dan terus berlaku..
Adakah aku cukup kuat untuk bertahan dan terus mempertahankan semua ini ?
Sampai bila hati akan jadi sebegini?
Memendam rasa hingga penghujungnya?
Bukan ini yang aku mahukan dari sebuah kehidupan..
Kebahagiaan yang ingin dikecapi hanya mimpi…
Sesekali aku takkan pernah nyatakan apa yang aku inginkan .

Izinkan aku terus menangis...
Kenapa harus aku menangis dan terus menangis?
Adakah aku sedang bermain dengan emosiku sendiri?
Atau aku sedang asyik melayani mimpi disiang hari?

Inilah dugaan yang harus aku tempuh
Aku kuatkan diri menghadapi ini semua..
Biarlah dengan kata orang..
Aku tetap akan teruskan kehidupan didunia yang fana ini….
Kerana aku tahu tiada kehidupan yang lebih bahagia..
Melainkan di akhirat sana kekal abadi

Izinkanlah aku terus menangis di dunia ini…
Kerana aku tahu satu hari nanti tangisanku ini bakal terhenti…

Jazakallahukhoir….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com