Ads 468x60px

Puisi



Aku Menyayangimu Kerana Allah


Duhai sahabat..

Andai perkenalan kita ini diredhai Allah
Engkau genggamlah ukhuwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi

Duhai sahabat...
Tatkala air mata turun laju membasahi pipiku
Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu
Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati
Lalu kau tatap wajahku
Dan kau hadiahkan ukiran senyum terindah buatku

Duhai sahabat...
Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi
 Kau berulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan
 Kau datang kepadaku membisikkan kalimat Illahi...
 "Cinta dunia tidak ke mana, kejarlah cinta Allah,
InsyaAllah kita ke Al-Jannah!"
 Dan aku tersedar dari buaiku...

Duhai sahabat...  
Sesalku tidak terungkap Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu
 Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu
Kau tidak mengungkitnya kembali...
 Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu
 "Aku sayangi engkau demi Allah,
 Aku sayangi engkau kerana Allah,
 Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini, kerana Allah...”

Duhai sahabat...
Masihku ingati peristiwa itu
Tika ada perselisihan faham antara kita
Akibat aniaya orang ketiga
Kau duduk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak
Kau tebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu
Dan aku cuba menyembunyikan
Cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi
"Allah sedang menguji kita,
sejauh mana kuatnya kita mempertahankan,
Ikatan persahabatan yang kita jalinkan ini..
" Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru
Kau genggam tanganku Dan aku yakin,
kaulah sahabatku yang satu...

Duhai sahabat...
Tika itu aku merasa sebak
 Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu...
 Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih

Duhai sahabat... Aku berharap agar aku mampu
 Menjadi seorang sahabat sama sepertimu
 Sahabat yang menyayangi sahabatnya,
 Sahabat yang mengasihi sahabatnya,
 Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah
Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi
Moga Allah utuhkan ukhuwah kita Yang terjalin selama ini...
Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah!
Dengan setitis air mata
Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu,
 Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya...
Daku sangat menyayangimu duhai sahabatku...

Anugerah Untuk Sahabat

Sahabat,
Jalannya tak berjejak,
Tak pula berpeluh keringat,
Namun memberi semangat.

Sahabat bukanlah cinta sejuta rasa,
Bukan pula bara api rindu di dada,
Hanya seuntai benang sutera,
Yang cukup erat mengikat,
Nurani yang jahat.

Sahabat adalah serumput kata yang sejuk
Sesejuk embun di pelupuk mata
Yang menidurkan jiwa
Tanpa berjuta aksara

Sahabat
Mungkinkah engkau menjadi sang juru penyelamat?
atas anggur cinta yang memabukan
Atau istana suka yang mengilusikan
Atau tsunami duka yang menenggelamkan










Luahan Kata Sahabat


Sahabat,

Adalah hati yang hangat,
Sehangat kopi susu buatan ibu,
Menyejukkan mulut dan rasa,
Tanpa mesti bergelora.

Sahabat setia,
kau terlalu baik buat diriku,
kau sahabat padakala kesunyian,
kau sahabat padakala kegirangan,
kau juga sahabat seperjuanganku.

Setelah aku ke aliran lain,
adakah kau akan melupakan aku ?,
sedangkan aku sentiasa mengingatimu,
aku amat kecewa dengan sikapmu.

Sahabat setia,
Siapakah lagi yang akan menghiburkan hatiku ?,
sedangkan dulu kau tempatnya,
adakah kau hanya mengagap ku teman penyebuk ?,

Sahabat setia,
cuma satu pertanyaanku perlu dijawab,
adakah kau sanggup mengaku aku saudaramu ?,
aku bingung dengan keadaan ini,
tetapi aku tetap mendoakan kejayaan kau,
didunia dan diakhirat.
cuma aku mohon maaf, 
jika sepanjang kita berkenalan 
ada kekhilafan sedar mahupun tidak,
walaupun kita tidak dapat berjumpa didunia,
akhirat kita berjumpa...insyaAllah...
semoga Allah merahmatimu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com