Ads 468x60px

Saturday, January 28

Jawapan Tinggal Kenangan

Assalammualaikum…




Aku rasa hari ini lain daripada yang biasa,
Entah, mungkin hanya aku seorang yang merasai,
Ibarat baru tersedar dari buaian mimpi,
Sehinggakan pada satu ketika,
Hilang gema suaraku,
Terdiam membisu,
Duk mengenang kekhilafan diri.





Aku cuba menyembunyikan perasaanku ini,
Tiba-tiba dadaku sebak menahan kesedihan,
Titisan air yang berladung di kolam mini,
Setitik demi setitik jatuh membasahi bumi murabbi,
Perasaan hiba menjadi pemutus semangatku.






Hampir setahun lamanya aku pendamkan,
Kini jawapan sudah ku temui,
Tak mampu lagi aku berkata-kata,
Tak mampu rasanya muka nak diangkat,
Hanya Allah yang tahu sesedih mana diriku ini.

Adakah disini perhentianku,
Mana titik noktahnya,
Aku masih kabur,
Ini kenyataan atau suratan
Atau aku masih berada dialam kayangan
Harapan tetap tinggal kenangan.

Tenang seketika terfikir sejenak,
Ini ujian Allah pada hambanya,
Mungkin kifarah atas dosa-dosaku lampau,
Tapi aku tetap istiqomah dalam istikharah,
Aku yakin pasti ada pertemuan,
Tidak didunia, akhirat kelak pasti kutemui.
InsyaAllah………


*Nukilan Hati Ke Hati Cikgu Amirul
*28 Januari 2012 bersamaan 4 Rabiul Awal 1433 H
*6.00 petang di Ladang Sungai Nil ,Bumi Murabbi

Jazakallah.....

Tuesday, January 17

Aku menunggu jawapan daripadamu

Assalamualaikum….



Dikeheningan dingin malam,
Jari jemariku memahami gerak geri hatiku,
Berbekalkan lampu kalimantan,
Menerangi setiap penjuru rumah
Yang boleh dihitung penghuninya,
Sunyi dan sepinya tidak seperti selalu.




Jantungku yang berdegup kencang,
Iramanya bagai ingin memberitahu sesuatu,
Tiba-tiba hati yang sekian lama membisu mula bersuara.,
“ Ya Allah, ya tuhan ku,
Adakah si dia tidak sudi menerima lamaranku?
Salahkah apa yang aku lakukan ini?
Apa bezanya aku dengan yang lain?
Atau aku tidak cukup ciri-ciri yang kau kehendaki?
Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dalam menunggu
titik-titik jawapan daripadanya…
Sesungguhnya hanya engkau sahaja
tempat aku mengadu dan berserah”.




Bulan dan bintang berkilauan,
Menemani malamku,
Dedaun langsir ditiup angin malam,
Cuba memujuk diriku,
Diam seketika menggamit suasana.



Baitul muslim...
Ya ! Perkataan itu berlari-lari
menyemai lunak pemikiranku,
Impian dan harapan sentiasa mengiringiku.
Adakah ia akan menjadi kenyataan? 
Atau hanya sekadar angan-angan?
Memang sukar ditafsirkan,
Sukar sekalipun tetap aku harungi,
Selagi mana darah mengalir diluluh tubuh ku ini
Selagi mana mata terpejam rapat sekali pun,
Aku tetap terus menunggu jawapan daripadamu.

Nukilan Cikgu Amirul
18 Januari 2012 bersamaan 23 Safar 1433 
1 .00 a.m


 Jazakallah...

Aku kini dalam percintaan

Assalammualaikum…

Sekian lama mulut tertutup untuk berbicara,
Sekian lama wajah berselindung di sebalik tabir,
Alhamdulillah..
Aku bersyukur pada Allah
Peluang diberikan tidak disia-siakan.

Aku kini sentiasa…..
Mendengar deras titis air matamu,
Menyelami setiap keringat pengorbananmu,
Mendalami erti seorang insan perantau,
Memahami susunan tingkahlakumu,
Menghormati pendirian tegasmu.




Aku kini sentiasa…..
Menjaga setiap tutur bicaraku,
Menjaga tindak tanduk pergaulanku,
Ku tahu diri ini masih banyak kekurangannya,
Kekhilafanku sentiasa menjadi iktibar
Berdepan fatamorgana kehidupan,
Perasaanku terpendam kaku,
Dilembah lubuk qalbu yang bersuara
Sebagai  ganti sang lidah,
Kelu seketika untuk diungkapkan.



Ku tetap terus berdiri utuh,
Istikharah menemani kehidupanku,
Beriringan doa kehadrat ilahi,
Sabar menghitung hari pertemuan,
Yang halal bagiku dan bagimu.


 Nukilan Cikgu Amirul
17 Januari  2012 bersamaan 22 Safar 1433

Jazakallah….

Monday, January 16

Si Pemikir cinta

Assalamualaikum.....

Adakalanya besarnya nilai sesuatu di mata kita,
namun belum tentu di pandangan Allah s.w.t.

Adakala remehnya nilai sesuatu itu di mata kita,
namun apakah sama di sisi Allah s.w.t.

Adakalanya cantik,elok dan baik sesuatu perkara di fikiran kita,
tapi apakah zahirnya sahaja?

Adakala kita sering memikir cinta,kasih sayang seseorang kepada kita,
apakah sudah cukup kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..

Adakala kita merasakan Istikharah itu jalan pemilihan dalam percintaan,
apakah istikharah itu hanya untuk perkahwinan..

Adakalanya kita risau jodoh dan pasangan kita,
Sedarkah kita itu urusan Allah s.w.t

Adakala kita membolehkan sesuatu yang tak boleh,
Matlamat menghalalkan carakah?

Adakala kita sering persoal cinta,jodoh dan perasaan,
Bagaimanakah status,amalan dan halatuju kita?

Adakala kita rasa cinta kita..cinta kerana Allah s.w.t,
Apakah itu cinta kerana Allah?

Adakala kita risau masa depan jodoh kita,
Lupakah kita doa itu ada?

Adakala kita sering mengabaikanNya..
Ampuni daku Ya Tuhanku... 

Jazakallah….

Saturday, January 14

Bantuan Zakat Untuk Pelajar UPSI

Pusat Islam
Universiti Pendidikan Sultan Idris

BANTUAN ZAKAT
 DARIPADA
TABUNG AMANAH ZAKAT UPSI

Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris mempelawa pelajar UPSI yang berkelayakan untuk memohon SKIM BANTUAN ZAKAT daripada TABUNG AMANAH ZAKAT UPSI.

Syarat Permohonan:
Tidak mempunyai tajaan atau pinjaman daripada 
mana-mana agensi.
ATAU
Mempunyai Tajaan atau Pinjaman tetapi Ibu dan Bapa 
atau Bapa telah meninggal dunia.
ATAU
Mempunyai tajaan atau pinjaman dan pendapatan  keluarga 
bawah daripada RM 1000.00 serta mempunyai tanggungan yang ramai.
DAN
Permohonan dibuka untuk pelajar diploma yang belum 
mendapat bantuan zakat pada semester 2 sesi 2011/2012 sahaja.

Cara Memohon:
  1. Permohonan hendaklah dilakukan secara online melalui myUPSI portal.
  2. Buat cetakan permohonan serta lampirkan dokumen yang diperlukan.
  3. Hantar cetakan permohonan serta dokumen sokongan ke Pejabat Am Pusat Islam.
  4. Hadiri sesi temu duga (Tarikh akan diberitahu kemudian)

Tarikh tutup permohonan adalah 20 FEBRUARI 2012

Untuk keterangan lanjut
sila hubungi:
Pusat Islam,
Aras 2, Bangunan Blok C,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tel : 05-4505538 / 5476
http://pusatislam.upsi.edu.my

Friday, January 13

Pemilik Cintaku

Assalamualaikum….
Ruangan masa yang ada…ana sematkan dengan hobi ana…hari ana alhamdulillah…ana berjaya menghabiskan  bacaan ana pada sebuah buku yang tidak kurang hebatnya iaitu buku karya Ustazah Syarha Mohd Noordin berjudul “Pemilik Cintaku, Setelah Allah Dan Rasul” …ana cuba menyelami, mendalami, menghayati setiap susunan baris ayat yang diungkapkan  dalam buku itu memang cukup memberi makna dalam jiwa seseorang bagi menghadapi fatamorgana kehidupan ini...jika dibaca berulang kali dapat rasakan banyak kekurangan pada diri…sekadar coretan untuk sahabat....
Jazakallah... 

Tuesday, January 10

Menyelami AL-Quran di Kampus

PUSAT ISLAM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Tel :05-4505473/5478
Laman web : http://pusatislam.upsi.edu.my/
 Maksud hadis:
Sebaik-baik kamu adalah orang yang  mempelajari al-Quran  dan mengajarkannya”
Riwayat Imam Al-Bukhari


Kursus Tilawah AL-Quran
Anjuran: Pusat Islam UPSI

OBJEKTIF

Antara Objektif utama program ini ialah:
·         Mewujudkan kelas-kelas  pengajian al-Quran yang lebih teratur dan bersistematik

·         Membantu melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran dalam bidang bacaan al-Quran, ilmu-ilmu al-Quran dan memahami serta menghayati kandungan ayat-ayat al-Quran.

·         Menghidupkan suasana dan warisan membaca al-Quran di kalangan warga universiti.

KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat dengan enam modul seperti berikut:

1. Peringkat Asas (Modul Satu  dan Dua)

Pada peringkat ini peserta akan dibimbing untuk menguasai  perkara-perkara asas bagi membaca al-Quran. Antaranya ialah pengenalan huruf, baris, sebutan huruf dan pengenalan hukum-hukum tajwid al-Quran melalui simbol-simbol dalam mashaf ‘Uthmani. Kaedah Qiraati akan digunakan supaya peserta akan dapat membaca al-Quran dengan baik. Pada peringkat ini juga peserta akan didedahkan dengan asas-asas hukum tajwid yang terdapat dalam al-Quran.
Peserta yang tamat dan lulus kedua-dua peringkat ini akan dianugerahkan dengan SIJIL ASAS AL-QURAN.

 2. Peringkat Pertengahan (Modul Tiga dan Empat)

Modul ini disediakan untuk peserta yang mampu membaca al-Quran tetapi tidak ada kemahiran dalam hukum-hukum tajwid.  Pada peringkat ini peserta akan didedahkan dengan keseluruhan hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam al-Quran. Tumpuan pada peringkat ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta  dalam bidang bacaan al-Quran. Di samping itu juga peserta-peserta akan dibimbing untuk membaca ayat-ayat al-Quran secara talaqqi, tumpuan akan diberikan untuk membaca beberapa surah yang dijadikan amalan harian.
Peserta yang lulus kedua-dua peringkat ini akan diberikan  SIJIL TAJWID AL-QURAN RIWAYAT HAFS AN `ASIM

3. Peringkat Lanjutan (Modul Lima dan Enam)

Pada peringkat ini peserta akan didedahkan dengan beberapa lagu dalam seni tarannum al-quran.dalam masa yang sama peserta dibimbing untuk memperbaiki mutu bacaan dengan mempraktikkan seni tarannum al-quran.
Peserta yang lulus kedua-dua peringkat ini akan diberikan SIJIL TARANNUM AL-QURAN.
  
JANGKA MASA KURSUS

20 jam (10 pertemuan) bagi setiap modul

YURAN KURSUS

RM10.00  bagi satu modul ( pendaftaran dan modul)

Monday, January 9

Akidah Anak-anak

Assalammualaikum...




Bila matinya anak adam maka terputuslah amal ibadat kecuali tiga perkara dan antaranya disebut salah satunya adalah waladun soleh (anak yg soleh), yad'ulah (yg mendoakannya), maksud doa dari anak yang soleh, besar maksud hadith ni, anak-anak adalah aset ibubapa ke syurga, adakah kita sudah bersedia untuk mendidik anak kita supaya dapat membimbing bersama-sama kita ke syurga nanti..tanyalah pada diri kita..wallahualam...


Jazakallah

Sunday, January 8

Lafaz yang Tersimpan

assalammualaikum...


Sedikit perkongsian ...lagu daripada kumpulan UNIC...walaupun sudah lama album dikeluarkan..tetapi cukup menarik setiap ayat dilafazkan..menusuk qalbu bagi si pencinta...cinta apa ye??.. dengar dan hayatilah...

Jazakallah....

Friday, January 6

Tugas Suatu Penentuan

Assalammualaikum,

Matahari mula kelihatan bersinar..angin sepoi-sepoi bahasa meniup rumput hijau yang bertaburan di padang..alhamdulillah wa syukurulillah..lega ana rasa.. selesai sudah semua ujian kemahiran bagi subjek olahraga..kini cuma tinggal lagi satu program iaitu Kejohanan Merentas Desa..bagi group ana ditugaskan menjadi ajk protokol..erm..sebelum ni ditugaskan menjadi ajk kebersihan..entah mengapa tiba-tiba jadi ajk protokol pula…tapi kali ni ana bersemangat pula nak laksanakan program ni..bukan kerana seseorang ye! Entahlah.. ana memang suka dengan aktiviti luar mahupun dalam..lagi-lagi jadi ajk pelaksana..tapi insyaAllah..pelajaran ana tidak abaikan kerana ana masih dalam konteks pelajar..matlamat masih sama..ni pun dalam proses nak bahagikan jadual harian...mudah sikit kerja..

Bab protokol ni tidaklah sesusah mana pun.. alhamdulillah..sedikit sebanyak ana tahu juga bidang ni..dan bak kata pepatah “anggaplah semua kerja yang kita dapat itu mudah…insya-Allah, Allah akan permudahkan kerja kita” Cuma yang pasti niat kita buat kerana Allah..Islamkan tak melarang pun bersukan asalkan tidak bertentangan dengan syariat dan Allah juga suka orang-orang yang sihat akal dan tubuh badan. Jadi buatlah ikut syariat insya-Allah mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Jazakallah

Thursday, January 5

Saat Cinta Bersemi

Asalammualaikum....

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amin....

Jazakallah

Sunday, January 1

Hijrah atau Masihi

Assalammualaikum…

Sejak kebelakangan ini..ana sering ditanya oleh sahabat ana mengenai azam ana…erm...ana tanya semula pada sahabat ana..azam Hijrah ke Masihi..sahabat diam sejenak...huh..bagi ana azam ana tahun 2012 ni sama saje dengan tahun hijrah 1433...Cuma ana lebih tertumpu dengan tahun hijrah…tahun bagi umat islamkan..erm..untuk tahun 2012 ni ana cuma doakan mudah-mudahan tiadalah berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini…maksud ana bagi pemuda pemudi di luar sana tu semoga Allah pelihara mereka daripada melakukan perkara terkutuk..amin…Selamat Tahun Baru..

Jazakallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com