Assalamualaikum,
Alhamdulillah, ana masih diberi ruang untuk menulis warkah ini dan alhamdulillah, ana masih diberi kesempatan untuk hidup oleh Allah, menghirup udara segar, melihat sinaran cahaya matahari serta yang paling penting ana dapat bersama keluarga dan sahabat-sahabat ana yang ana cintai. “Alhamdulillah ya Allah, Engkau bagaikan memberi aku hidup kali kedua untuk aku muhasabah diri ini aku.Terlalu banyak khilafku. Engkau memberi rasa sedikit sahaja ujian yang mana tidak seteruk saudara-saudara kita di Palestin, Syiria dan sebagainya tetapi ini pun aku masih tercungap-cungap. Hanya Engkau sahaja dapat mengetahui isi hatiku. Alhamdulillah..Jika Engkau mentakdirkan aku mati, matikanlah aku dalam iman dan tempatkan aku dikalangan orang-orang yang soleh .amin” Maap sahabat-sahabat. Ana masih memerlukan rehat secukupnya. InsyaAllah dimasa akan datang ana akan sajikan dengan cerita atau pengalaman ana yang menarik.Teruskan bersama Cikgu Amirul.
Jazakallahu khoir