Assalammualaikum w.b.t
Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana
masih meminjamkan roh untuk terus menukil selembar kata-kata yang lahir dari sanubari
kehidupan seorang hamba. Cinta Rasulullah s.a.w. yang tersemat di qalbu memberi
suntikan semangat untuk menulis dan terus menulis...
Aku ingin menangis seketika,
Mengenang diri yang semakin dewasa ini,
Hidup kita sememangnya tidak sempurna,
Tetapi hakikatnya kita perlukan kesempurnaan untuk
hidup....
Sekali lagi aku terjatuh dan terjatuh..
Tak mampu lagi nak bangkit menyuarakan apa yang
tersirat dalam qalbu..
Hanya mampu berdiam diri ketika diri sendiri di
persalahkan setiap hari..
Aku biarkan semua ini terus berlalu dengan sekelip
mata..
Sekali lagi berlaku dan terus berlaku..
Adakah aku cukup kuat untuk bertahan dan terus
mempertahankan semua ini ?
Sampai bila hati akan jadi sebegini?
Memendam rasa hingga penghujungnya?
Bukan ini yang aku mahukan dari sebuah kehidupan..
Kebahagiaan yang ingin dikecapi hanya mimpi…
Sesekali aku takkan pernah nyatakan apa yang aku
inginkan .
Izinkan aku terus menangis...
Kenapa harus aku menangis dan terus menangis?
Adakah aku sedang bermain dengan emosiku sendiri?
Atau aku sedang asyik melayani mimpi disiang hari?
Inilah dugaan yang harus aku tempuh
Aku kuatkan diri menghadapi ini semua..
Aku kuatkan diri menghadapi ini semua..
Biarlah dengan kata orang..
Aku tetap akan teruskan kehidupan didunia yang
fana ini….
Kerana aku tahu tiada kehidupan yang lebih bahagia..
Melainkan di akhirat sana kekal abadi
Izinkanlah aku terus menangis di dunia ini…
Kerana aku tahu satu hari nanti tangisanku ini bakal terhenti…
No comments:
Post a Comment