Assalammualaikum wbt..
Sebagaimana yang kita tahu, setiap percintaan kita semuanya mesti didahului dengan cinta Allah. Tidak kiralah dengan siapa kita cinta asalkan kita kejar cinta pertama dan selamanya ini bagi menggapai keindahan kehidupan dalam keredaan. Jika sebelum ini ana berkongsi mengenai cinta sesama manusia, dalam ruangan yang ada ini ana nak berkongsi pula mengenai cinta kita yang agung dan kekal selama-lamanya iaitu cinta seorang hamba akan pencipta-Nya, Allah swt..Persoalan yang timbul bagaimana kita nak mengenal pasti sejauh mana kita meletakkan Allah swt menempati cinta paling utama dihati kita..marilah sama-sama kita muhasabah diri dengan apa yang ana petik daripada majalah kegemaran ana, Solusi ruangan karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.
1 . Segera menyahut call daripada-Nya
“Allahuakbar! Allahuakbar!” , panggilan azan berkumandang. Rasanya dimana kita pada masa itu. Adakah kita masih di kerusi dan meja belajar sedang sibuk study untuk exam? Atau adakah kita sedang kusyuk menonton perlawanan bola sepak? Nilailah tahap mana cinta kita pada Allah berbanding perkara-perkara lain.
2. Memberi perhatian pada sms dan e-mail daripada-Nya
Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril iaitu AL-Quran hari ini di mana-mana ada. Adakah kita sentiasa membaca dan menghayati setiap ayat-Nya? Adakah kita mengadaptasikan kandungannya dalam kehidupan kita? Jadi jika benar cinta kita pada Allah, cintalah kalamnya. Baca dan fahamilah setiap ayat-ayat-Nya.
3. Memandang MMS-Nya selalu
Kita memang tidak dapat melihat zat Allah yang maha tinggi. Akan tetapi Allah swt sudah pun menghantar MMS kepada kita iaitu “kebesaran-Nya”. Lihatlah setiap penciptaan-Nya yang unik dan mempersonakan. Tiada sesiapa pun yang boleh menandingi-Nya. Saban waktu kita memandang-Nya, makin kerap menjengah qalbu tanda semarak cinta kita pada-Nya.
4. Rasa malu-malu saat berdating dengan-Nya
Tatkala kita bertembung mata dengan seseorang yang kita cintai biasanya hanya terdaya memandang sebentar atau sepintas lalu sahaja. Mengapa ye? Jawapannya mudah sahaja kerana dorongan rasa malu. Maka lahirlah cinta pandang pertama. Kita lihat pula saat berdating kali pertama selepas nikah pula. Kita cukup jaga tingkahlaku atau pergerakan kita. Begitu juga sewaktu nak solat. Saat solat itu ialah saat kita berdating, yakni saat kita bersendirian dengan Allah swt. Jika kita benar-benar cinta akan Allah, setiap pergerakan solat kita jaga. Bukan hanya itu sahaja, malah kita mesti rasa malu jika nak buat perkara-perkara yang tidak disukai. Sama-samalah kita jaga rasa malu pada-Nya bukti cinta kita pada-Nya.
5. Sentiasa rindu dan ingat pada-Nya
Jika benar Allah swt adalah cinta teragung kita, maka hanya Allah sahajalah seharusnya kita rindui. Rindu pada Allah swt terubat tatkala kita hadir majlis ilmu yang mentauhidkan Allah swt.Rindu pada Allah terbias pada rindu kita akan AL-Quran, tahajud, orang soleh dan kebenaran.
6. Banyak menyebut nama-Nya
Jika kita cinta akan Allah swt, apa kata kita sama-sama jadikan Allah swt dalam setiap perbualan kita. Ingin berbicara apa-apa topik sekali pun, pasti Allah tidak lekang dibibir. Contohnya “InsyaAllah,jika Allah izinkan, kita berjaya juga dalam ujian ni” “Dia mengumpat saya? Tidak mengapa, Allah ada dan Allah akan bela saya.” Beruntunglah orang yang sentiasa mengingati Allah bukan hanya dikala susah sahaja. Jika kita ingat Allah, Allah akan sentiasa mengingati kita, insyaAllah.
7. Bersabar menghadapi ujian-Nya
Lumrah percintaan pasti akan ada ujian. Ujian itu dapat menilai sedalam mana cinta kita pada-Nya. Kita juga boleh menilai sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita dalam menghadapi ujian-Nya. Kita belum lagi diuji dengan dihujani batu, dipulau sanak saudara atau dicaci sebagaimana yang Rasulullah hadapi dalam menegakkan syiar Islam. Usahlah kita mengharapkan hidup kita tiada ujian. Usahlah kita meminta ujian besar. Berdoalah agar Allah swt memberi kekuatan dan ketabahan kepada kita agar terus istiqamah dalam menghadapi segala ujian daripada-Nya. Apa yang perlu kita ingat bahawa Allah swt sengaja menguji kita untuk mengenal pasti siapa yang benar-benar mencintai-Nya.
8. Mencintai segala sesuatu yang berkaitan dengan-Nya
Sebenarnya apa-apa sahaja yang berkaitan dengan orang yang kita cintai pastinya menjadi debaran bagi kita. Itulah lumrah bercinta. Apa bukti kita terpikat dengan cinta Allah? Sudah tentu kita perkara yang kita cintai berkait dengan Allah. Inilah bukti cinta kita semakin akrab dengan-Nya. Contoh seorang hamba yang merindui Kaabah. Kaabah itu Rumah Allah. Maka Kaabah juga dirasakan istimewa. Itulah bukti cinta kita kepada-Nya. Jika kita masih belum merindui Kaabah, manfaatkanlah rumah-rumah Allah yang terdapat di sekeliling kita. Jangan sunyikan surau dan masjid. Itu juga bukti cinta kita pada Allah swt.
9. Luapan perasaan luar biasa
Allah swt berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman ialah disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, apabila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal.” (surah AL-Anfal). Mendapatkan khusyuk bukanlah mudah tetapi kita masih boleh mendapatkannya. Berusahalah yang terbaik demi mendapatkan cinta kita dengan ALLAH swt. insyaAllah.
10. Rasa Cemburu
Cemburu dan cinta itu tidak dapat dipisahkan. Tanda kita cinta pada Allah di mana kita cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai kekasih kita.Ini cemburu positif bukan cemburu fitnah. Cemburulah kepada ulama, orang yang berilmu, dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan cemburu yang sia-sia tetapi cinta dalam rangka untuk mencontohi mereka. Misalnya dalam solat, cemburulah orang yang solatnya diawal waktu, sentiasa menjaga setiap perbuatan dalam solatnya, secara berjemaah dan lebih kusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian daripada Allah SWT.
11. Berusaha keras meraih reda-Nya
Bukti kita mencintai Allah swt ialah apabila kita sanggup berkorban melakukan apa-apa sahaja demi menggapai reda Allah swt. Menurut Ibnu Qayyim AL- Jawziyah, ada tiga kondisi dalam percintaan iaitu:
1.Berat hati untuk mencintai tetapi dia memaksa dirinya,
2.Cinta makin menguat dan dia patuh,
3.Cinta menetap dihati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.
Jadi dimana tahap cinta kita pada Allah swt sebenarnya? Muhasabahlah diri. Bangkitlah bagi menggapai cinta hakiki, cinta yang tiada tolok bandingnya. Dan ingatlah, tanpa cinta Allah, tiada cinta sesama manusia.
jazakallah
No comments:
Post a Comment