Assalammualaikum wbt…
Sejak akhir ini, kita sering mendengar ungkapan ini
“cintaku kepadamu kerana ALLAH..
kasihku kepadanya kerana ALLAH..”
kasihku kepadanya kerana ALLAH..”
Agaknya kita tahu atau tidak pengertian yang kita ungkapkan? Adakah kerana untuk menyelamat atau membimbing si dia ke jalan yang diredhai Allah, atau semata-mata kerana tuntutan sunnah Rasulullah untuk berpasangan atau menyambung silaturahim..Sebenarnya ia adalah kerana agar kita termasuk diantara 7 golongan yang mendapat perlindungan di akhirat sepertimana hadith Rasulullah SAW bersabda:
“... Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Rasulullah SAW berkata lagi,
Demi yang diriku ada di Tangan-Nya, tidaklah seorang hamba itu disebutkan beriman sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri."
(Diriwayatkan AL-Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya..
Apabila kita bersahabat, janganlah mengharapkan balasan atau apa-apa kebaikan dibalas oleh sahabat kita itu atas apa yang kita berikan walau sedikitpun daripadanya apabila telah terlalu banyak yang kita berikan sekalipun, kecuali mengharapkan doa, nasihat dan keikhlasannya terhadap kita. Jadilah orang yang sentiasa mengambil berat dan bertolak ansur serta mengutamakan sahabat sepertimana kita utamakan kepentingan diri kita.. tetapi bukanlah dengan paksaan atau berlebihan hingga dia lemas atau hingga kita meninggalkan kepentingan terhadap urusan kepada ALLAH (termasuk hal2 peribadi dan keluarga). Hendaklah menghormati adab dan tatasusila bersahabat atau bercinta agar diberkati ALLAH akan hubungan tersebut..dan segala kata-kata dan perbuatan kita untuk manfaat bersama selagi tidak memberikan bebanan kepada mana-mana pihak antara keduanya.
Jazakallah..
No comments:
Post a Comment