Ads 468x60px

Tuesday, January 17

Aku menunggu jawapan daripadamu

Assalamualaikum….



Dikeheningan dingin malam,
Jari jemariku memahami gerak geri hatiku,
Berbekalkan lampu kalimantan,
Menerangi setiap penjuru rumah
Yang boleh dihitung penghuninya,
Sunyi dan sepinya tidak seperti selalu.




Jantungku yang berdegup kencang,
Iramanya bagai ingin memberitahu sesuatu,
Tiba-tiba hati yang sekian lama membisu mula bersuara.,
“ Ya Allah, ya tuhan ku,
Adakah si dia tidak sudi menerima lamaranku?
Salahkah apa yang aku lakukan ini?
Apa bezanya aku dengan yang lain?
Atau aku tidak cukup ciri-ciri yang kau kehendaki?
Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dalam menunggu
titik-titik jawapan daripadanya…
Sesungguhnya hanya engkau sahaja
tempat aku mengadu dan berserah”.




Bulan dan bintang berkilauan,
Menemani malamku,
Dedaun langsir ditiup angin malam,
Cuba memujuk diriku,
Diam seketika menggamit suasana.



Baitul muslim...
Ya ! Perkataan itu berlari-lari
menyemai lunak pemikiranku,
Impian dan harapan sentiasa mengiringiku.
Adakah ia akan menjadi kenyataan? 
Atau hanya sekadar angan-angan?
Memang sukar ditafsirkan,
Sukar sekalipun tetap aku harungi,
Selagi mana darah mengalir diluluh tubuh ku ini
Selagi mana mata terpejam rapat sekali pun,
Aku tetap terus menunggu jawapan daripadamu.

Nukilan Cikgu Amirul
18 Januari 2012 bersamaan 23 Safar 1433 
1 .00 a.m


 Jazakallah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com