Ads 468x60px

Tuesday, January 10

Menyelami AL-Quran di Kampus

PUSAT ISLAM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Tel :05-4505473/5478
Laman web : http://pusatislam.upsi.edu.my/
 Maksud hadis:
Sebaik-baik kamu adalah orang yang  mempelajari al-Quran  dan mengajarkannya”
Riwayat Imam Al-Bukhari


Kursus Tilawah AL-Quran
Anjuran: Pusat Islam UPSI

OBJEKTIF

Antara Objektif utama program ini ialah:
·         Mewujudkan kelas-kelas  pengajian al-Quran yang lebih teratur dan bersistematik

·         Membantu melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran dalam bidang bacaan al-Quran, ilmu-ilmu al-Quran dan memahami serta menghayati kandungan ayat-ayat al-Quran.

·         Menghidupkan suasana dan warisan membaca al-Quran di kalangan warga universiti.

KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat dengan enam modul seperti berikut:

1. Peringkat Asas (Modul Satu  dan Dua)

Pada peringkat ini peserta akan dibimbing untuk menguasai  perkara-perkara asas bagi membaca al-Quran. Antaranya ialah pengenalan huruf, baris, sebutan huruf dan pengenalan hukum-hukum tajwid al-Quran melalui simbol-simbol dalam mashaf ‘Uthmani. Kaedah Qiraati akan digunakan supaya peserta akan dapat membaca al-Quran dengan baik. Pada peringkat ini juga peserta akan didedahkan dengan asas-asas hukum tajwid yang terdapat dalam al-Quran.
Peserta yang tamat dan lulus kedua-dua peringkat ini akan dianugerahkan dengan SIJIL ASAS AL-QURAN.

 2. Peringkat Pertengahan (Modul Tiga dan Empat)

Modul ini disediakan untuk peserta yang mampu membaca al-Quran tetapi tidak ada kemahiran dalam hukum-hukum tajwid.  Pada peringkat ini peserta akan didedahkan dengan keseluruhan hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam al-Quran. Tumpuan pada peringkat ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta  dalam bidang bacaan al-Quran. Di samping itu juga peserta-peserta akan dibimbing untuk membaca ayat-ayat al-Quran secara talaqqi, tumpuan akan diberikan untuk membaca beberapa surah yang dijadikan amalan harian.
Peserta yang lulus kedua-dua peringkat ini akan diberikan  SIJIL TAJWID AL-QURAN RIWAYAT HAFS AN `ASIM

3. Peringkat Lanjutan (Modul Lima dan Enam)

Pada peringkat ini peserta akan didedahkan dengan beberapa lagu dalam seni tarannum al-quran.dalam masa yang sama peserta dibimbing untuk memperbaiki mutu bacaan dengan mempraktikkan seni tarannum al-quran.
Peserta yang lulus kedua-dua peringkat ini akan diberikan SIJIL TARANNUM AL-QURAN.
  
JANGKA MASA KURSUS

20 jam (10 pertemuan) bagi setiap modul

YURAN KURSUS

RM10.00  bagi satu modul ( pendaftaran dan modul)

5 comments:

  1. salam.tumpang tnya.bila start dan diadakan pada hari apa?

    ReplyDelete
  2. w'salam..jika baru joint bole datang pd hari selasa depan 17/1/2012...bawa borang dan duit rm 10.00...di bilik akademik pukul 8.00 mlm...bawalah AL-Quran atau Tafsir utk rujukan...
    wuallahualam...

    ReplyDelete
  3. cuti sem ni ada ke? atau nanti buka sem akan diadakan lg x?

    ReplyDelete
  4. Macam ni...buat mase ni bru saje dibuka utk pelajar diploma sahaje...insyaAllah...utk degree slepas cuti..

    ReplyDelete
  5. Ambil Perhatian..!!!
    Rm 10.oo itu termasuk modul..
    untuk 10 pertemuan bg satu modul..
    jd anda hanya perlu membawa AL-Quran atau Tafsir sbagai rujukan...
    Alhamdulillah..kira murah lah ni..
    jd jgn lpaskan peluang keemasan ini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com