Assalammualaikum.
Alhamdulillah..ana bersyukur kepada Allah yang sentiasa memberi ruang dan masa untuk ana terus menulis di warkah ini. Sejak kebelakangan ini ana banyak menulisan entry mengenai cinta. Tentu ramai sahabat yang tertanya-tanya..erm.. Sebenarnya ana sedang mengkaji apa pandangan remaja remaji masa kini berkenaan dengan cinta..dan bagaimana remaja ini mendalami makna cinta sebenar.. Berdasarkan kajian ana majoriti yang membuka blog ana adalah golongan remaja. Dan kali ini ana juga nak kupas sedikit mengenai sajak ana baru-baru ini.
Sajak mengenai seorang lelaki yang ingin mendekatkan diri dengan seorang perempuan. Kenyataan ini bukan bermakna lelaki itu ingin bercinta tetapi ingin menjadikan perempuan itu seorang isteri kerana cinta sebenarnya hadir selepas berkahwin bukan beerti sebelum berkahwin Digambarkan dalam sajak ini juga perempuan yang hendak dimiliki seorang yang muslimah sehinggalah pada suatu ketika lelaki itu menyampaikan hajatnya ingin melamar perempuan itu.. Malangnya lamarannya ditolak.. Walaupun sekecewa mana pun, lelaki itu tetap tabah dan menerima segala ketentuan dari Allah.
Sajak ini banyak ana masukkan nilai-nilai pengajaran supaya kita sentiasa istiqomah dalam mendekatkan diri kepada Allah.. nak menggapai cinta manusia perlu cari dulu cinta Allah.. dan jodoh adalah ketentuan Allah tetapi jika duduk sahaja berdoa tanpa usaha pun tidak boleh juga..Prinsip doa, usaha dan tawakal perlu diterapkan bersama..Syukran jazilan kepada sahabat pembaca kerana sentiasa menyokong penulisan ana. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi idea-idea untuk ana terus menulis. Mohon kepada juga kepada pembaca memberikan pandangan atau komen tentang post ana.. Bolehlah ana memperbaiki sedikit sebanyak kekhilafan ana..InsyaAllah….
Jazakallah...
No comments:
Post a Comment