Ads 468x60px

Thursday, September 29

Maafkanlah Wahai Sahabat

Islam mengajak manusia untuk saling bermaaf-maafan. Dan memberikan posisi tinggi bagi pemberi maaf. Ini kerana sifat pemaaf merupakan sebahagian daripada akhlak yang sangat luhur dan terpuji yang perlu diterapkan dalam seorang Muslim yang bertakwa. Allah swt berfirman: “…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (Asy-Syura : 40). Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).
Menurut Al-Raghib al-Asfahaniy “lebih tinggi nilainya daripada memaafkan. Kita juga dituntut untuk mampu kembali membuka lembaran baru dan menutup lembaran lama.”Let’s gone be by gone (yang lalu biarlah berlalu)” bangun kembali masa depan dengan semangat yang baru. Kita selalu lupa, karena kesalahan yang telah dibuat orang lain, kita lalu melupakan semua kebaikan yang telah dibuatnya. Untuk itu, kita juga seharusnya memperlakukan semuanya secara seimbang. Yang terbaik buat kita hari ini adalah bersama-sama membangun kembali dengan semangat baru, ketulusan hati dan semangat persaudaraan. Jangan ada yang berkata: “Tiada maaf bagimu”. Ahli hikmah mengatakan: ingatlah dua hal dan lupakanlah dua hal. Lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu. Ingatlah kesalahanmu pada orang lain, dan ingatlah kebaikan orang lain kepadamu.

Wednesday, September 28

Jodoh Tidak Datang Bergolek



Jodoh sememangnya telah ditakdirkan oleh Allah SWT.  Dan Allah juga menjadikan setiap perkara itu berpasang-pasangan dan saling memerlukan. Dalam kita melakukan sesuatu perkara, kita tidak lari berpegang dengan konsep “usaha, doa, tawakal”. Begitu juga untuk mencari pasangan atau jodoh. Setiap manusia impikan bakal pasangan yang terbaik dan pandai menghargai. Sifat mulia inilah boleh menjamin keutuhan sesebuah rumah tangga yang terbina. Timbul pula persoalan bagaimana menguruskan diri untuk mencari atau mendekatkan jodoh mengikut syariat Islam.
Antaranya ialah:
  • Fahami emosi dan kerenah pasangan
  • Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan pasangan
  •  Senyuman dan bahasa badan yang menarik mengikut syariat
  • Keserasian dan persamaan antara pasangan dalam melakukan sesuatu perkara
  • Bertemu dengan syariat
  •  Mempamerkan emosi dan tindakkan yang sama
  • Membantu menaikkan semangat
  • Melakukan sebanyak mungkin perkara yang pasangan suka
  • Sentiasa memuji dengan ikhlas
  • Melakukan kerana Allah dan sentiasa berdoa

Tuesday, September 27

Bingkisan Tanda Ukwah Bersama


Salinlah kod HTML dibawah ini untuk diletakkan di blog anda,
Semoga ukhwah kita berkekalan..insyaAllah...

<a href="http://warkahcikguamirul2u.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i55.tinypic.com/2w6bhy0.jpg" border="0" alt="Image and video hosting by TinyPic" /></a>

Sunday, September 25

Jodoh Dari Allah

u
  Hayatilah titipan ini


Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, 
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu, 
dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, 
berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian, 
yang kau berikan kepadaku.

Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada -Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu,
Jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu,
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu,
Jika aku rindu, 
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu,
Jika aku rindu, 
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada
cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.ya Allah 

Thursday, September 22

Mencari Cinta Ilahi


Sekiranya kita cinta kepada manusia,tak semestinya manusia cinta kepada kita, 
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,kita akan cemburu kepada orang yang mencintai 
orang yang kita cintai,tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, 
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga. 

Saturday, September 17

Ulama dan Umara ?

Alhamdulilah, alangkah bahagianya jika kita mempunyai ulama dan umara. Rasanya lagi indah jika dikalangan kita yang menjadi pemimpin, dialah umara dan dialah ulama.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda, maksud nya:

“Ada tujuh golongan manusia yang akan diberi berteduh oleh Allah di bawah bayang Nya pada hari yang tidak ada bayang kecuali bayang Nya sahaja(salah satu daripada nya ialah) pemerintah yang adil” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam islam, Ulama dan Umara diberi kedudukan yang tinggi kerana kedua-dua ini sangat penting. Semuanya berperanan untuk menjamin kemajuan Islam dan ummah nya di dunia ini. Khalifah Umar Ibn al-Khattab pernah memberi nasihat kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari. Kata beliau, maksud nya:

“Penguasa yang paling berbahagia ialah mereka yang rakyat nya merasa bahagia dengan nya. Sementara penguasa yang paling celaka pula ialah mereka yang rakyat nya merasa celaka dengan nya. Ingat, jangan hidup mewah. Kerana para pegawai kamu akan meniru kamu. Bandingan kamu sama seperti binatang ternakan. Apabila berada di padang ragut yang menghijau ia akan makan banyak sehingga menjadi gemuk. Kegemukannya itu akan menjadi sebab kepada kebinasaannya. Kerana ia akan disembelih untuk dimakan” (Abu Yusuf)

Dalam satu pekeliling yang diedarkan oleh beliau kepada semua gabenor nya Umar menyebut, maksud nya:

“... Sesungguh nya saya menghantar kamu sebagai para pemerintah, bukan sebagai para penindas. Kamu diutus untuk menjadi pembimbing yang diikuti. Kerana itu tunaikan semua hak orang Islam. Jangan kamu pukul mereka, nanti mereka akan rasa terhina. Sebalik nya pula jangan kamu puji mereka, nanti mereka akan terpedaya. Jangan kamu menutup pintu terhadap mereka, nanti yang kuat akan menindas yang lemah di kalangan mereka sendiri. Jangan kamu mengutamakan diri kamu berbanding mereka, nanti kamu akan menzalimi mereka pula” (Abu Yusuf)
Ulama dan umara perlu digarap dalam setiap diri seseorang pemimpin terutamanya dalam kepimpinan negara islam. Islam ini agama yang sistematik dan menyeluruh. Maka selagi pemimpin nya menjalan sistem pemerintahan mengikut acuan yang telah ditetapkan dalam islam, insyaAllah orang-orang yang berada dibawah juga tidak akan terpesong daripada landasan AL-Quran dan Sunnah dan akhirnya dapat membentuk cara hidup islam (AD-DEEN) yang sejagat. Itulah penting adanya Ulama dan Umara.

Islam Indah Dengan Solat

Tiada maknanya islam itu tanpa solat. Mana mungkin seseorang itu menyatakan islam itu agama yang indah sedangkan dia tidak solat. Mana mungkin seseorang itu berani menegakkan hukum-hukum islam sedangkan dia juga berani melakukan kemungkaran.
Kini kelihatan jelas, ramai manusia hanya menggunakan islam itu untuk kepentingan diri sendiri. Berapa ramai yang islam hanya di atas nama kad pengenalan sahaja. Berapa ramai yang islam tetapi hidupnya penuh dengan foya-foya. Berapa ramai yang islam tetapi tidak mahu langsung menunaikan solat yang telah di syariatkan. Lebih mementingkan dunia daripada akhirat. Inilah realiti manusia yang kini kembali ke zaman jahiliyah.

Dalam islam, solat memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan. Dengan solat, diri kita juga terpelihara daripada syaitan yang berlumba-lumba ingin menyesatkan kita. Dengan solat, dapat membentuk sifat atau peribadi seseorang muslim. Dengan solat kita dapat mengenal sang pencipta kita. Dengan solat, dapat mencari sakinah iaitu ketenangan dalam hati. Oleh itu,  solat bukan sekadar pengabdian kita kepada  Allah swt, malah kita juga dapat mentarbiah atau mendidik jiwa dan diri kita dari segi metal, fizikal dan juga spritual kearah pembentukkan ‘Khairul Ummah’. 

Monday, September 5

Dari Meja Cikgu buat sahabat....

Assalammualaikum, 
buat semua sahabat ana yang sudi membaca warkah nukilan ana ini…alhamdulillah, ana merafakkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana masih memberi ruang dan masa untuk ana meneruskan perjalanan hidup dalam melakar sejarah di warkah ini. Dengan nikmat yang tidak putus-putus dikurniakan terutamanya nikmat iman dan nikmat islam dapatlah ana mewarnai suasana kehidupan ana hari ini dengan lebih sempurna..alhamdulillah…ana berbanyak-banyak syukur…Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan istiqamahnya Nabi dalam usaha-usaha menyebarkan risalah Allah SWT dan akhirnya hari ini kita dapat mengecapi cara hidup islam (AD-DEN) yang sempurna.

Dalam ruangan ini ana memohon maaf kerana ana sudah lama tidak mengupdate warkah ana ini…Sejak kebelakangan ini ana dihujani dengan pelbagai  assignment, test,serta kuiz yang datang dari arah yang sama. Maklumlah ana kini berada di institusi baru..mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri...dan dalam ruang yang ada ini, ana akan ceritakan serba sedikit pengalaman ana sebagai titipan buat sahabat ana sebelum ana melangkah kaki keinstitusi yang diberi nama UPSI atau singkatan nama daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris…


Sebelum ini ana belajar di Politeknik Merlimau dalam kejuruteraan awam yang suasananya amat berbeza berbanding di UPSI…Ana sememangnya bergiat aktif dalam mana-mana aktiviti asalkan ber ilmiah dan tidak melanggar hukum syarak...ana masuk pelbagai kelab sehinggalah ana tercalon pula dalam pilihanraya peringkat politeknik mewakili jabatan…alhamdulillah ana berjaya juga mendapat tempat kedua tertinggi dalam pengundian tersebut…memang ana betul-betul bersyukur..macam jadi wakil rakyat pula…tapi bukan senang nak menggalas jawatan ni…amanah tu kalau salah gunakan, jawab lah sendiri diatas sana….yang menarik skali apabila berurusan dengan artis-artis….yelah setiap event nak menarik perhatian pelajar kan kena cari artis yang popular…bersama hijjaz, inteam, All one, Prof Dato’ Fadzilah Kamsah dan lain-lain..memang seronok juga dapat berhubung dengan artis…..


Ana juga tidak lupa akan perjuangan ana dalam islam….ana memang minat bidang berkaitan dengan agama…ana diberi amanah sebagai lajnah penerangan sahabat merangkap bilal pusat islam di politeknik ana iaitu Politeknik Merlimau, Melaka. Memang lihat macam senang je tapi kalau tidak laksanakan…paham-pahamlah…disini juga titik permulaan ana membina ukhwah antara ahli organisasi ana terutamanya muslimin iaitu dengan usrah…Alhamdulillah..ana dapat rasakan hidup berkeluarga dan yang paling penting ana dapat merasai semangat dalam memperjuangan agama Allah SWT.



Carier Nasyid sememang nya  cukup-cukup ana minati…semasa di politeknik, ana menguruskan perjalanan program nasyid bermula semester pertama…Alhamdulillah, ana berkesempatan juga membuat lawatan ke studio artis nasyid tanah air…semasa semester  kedua pula ana bukan sekadar mengelola tetapi berkesempatan skali lagu untuk menyanyi…jadi artis politeknik…bolehlah tahan juga…bagai hendak menyebar dakwah kepada pelajar yang digelar mahasiswa/mahasiswi…


Sebelum ana meneruskan pembelajaran ana di UPSI, sempat lagi ana nak rasa bagaimana menjadi seorang pendidik…Sebenarnya selepas SPM ana telah pun mengajar di sebuah sekolah dalam masa hanya  4 bulan…Alhamdulillah ana teruskan pengalaman ana sebelum ke UPSI juga mengajar di sebuah sekolah dimana sekolah ini merupakan sekolah ana semasa darjah satu…dapatlah ana rasa bagaimana guru-guru ana rasa semasa mendidik ana dulu…cukup bermakna daripada seorang guru kini menjadi kawan/sahabat dan bekerja dalam satu organisasi...tapi ana tetap kenang jasa guru ana…

Sempat lagi beri ucapan semasa perhimpunan rasmi...


Dan kini ana berada di UPSI, institusi di tanah gersang negri Perak yang tercinta…jutaan syukur..walaupun ana belajar nun jauh diperantauan, sahabat-sahabat ana yang lama masih tidak dapat ana lupakan…Jadi ana sediakan ruangan ini khas buat sahabat-sahabat ana yana tercinta….
InsyaAllah...semoga terhibur......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com