Tiada maknanya islam itu tanpa solat. Mana mungkin seseorang itu menyatakan islam itu agama yang indah sedangkan dia tidak solat. Mana mungkin seseorang itu berani menegakkan hukum-hukum islam sedangkan dia juga berani melakukan kemungkaran.
Kini kelihatan jelas, ramai manusia hanya menggunakan islam itu untuk kepentingan diri sendiri. Berapa ramai yang islam hanya di atas nama kad pengenalan sahaja. Berapa ramai yang islam tetapi hidupnya penuh dengan foya-foya. Berapa ramai yang islam tetapi tidak mahu langsung menunaikan solat yang telah di syariatkan. Lebih mementingkan dunia daripada akhirat. Inilah realiti manusia yang kini kembali ke zaman jahiliyah.
Dalam islam, solat memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan. Dengan solat, diri kita juga terpelihara daripada syaitan yang berlumba-lumba ingin menyesatkan kita. Dengan solat, dapat membentuk sifat atau peribadi seseorang muslim. Dengan solat kita dapat mengenal sang pencipta kita. Dengan solat, dapat mencari sakinah iaitu ketenangan dalam hati. Oleh itu, solat bukan sekadar pengabdian kita kepada Allah swt, malah kita juga dapat mentarbiah atau mendidik jiwa dan diri kita dari segi metal, fizikal dan juga spritual kearah pembentukkan ‘Khairul Ummah’.
No comments:
Post a Comment