Ads 468x60px

Saturday, September 17

Ulama dan Umara ?

Alhamdulilah, alangkah bahagianya jika kita mempunyai ulama dan umara. Rasanya lagi indah jika dikalangan kita yang menjadi pemimpin, dialah umara dan dialah ulama.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda, maksud nya:

“Ada tujuh golongan manusia yang akan diberi berteduh oleh Allah di bawah bayang Nya pada hari yang tidak ada bayang kecuali bayang Nya sahaja(salah satu daripada nya ialah) pemerintah yang adil” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam islam, Ulama dan Umara diberi kedudukan yang tinggi kerana kedua-dua ini sangat penting. Semuanya berperanan untuk menjamin kemajuan Islam dan ummah nya di dunia ini. Khalifah Umar Ibn al-Khattab pernah memberi nasihat kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari. Kata beliau, maksud nya:

“Penguasa yang paling berbahagia ialah mereka yang rakyat nya merasa bahagia dengan nya. Sementara penguasa yang paling celaka pula ialah mereka yang rakyat nya merasa celaka dengan nya. Ingat, jangan hidup mewah. Kerana para pegawai kamu akan meniru kamu. Bandingan kamu sama seperti binatang ternakan. Apabila berada di padang ragut yang menghijau ia akan makan banyak sehingga menjadi gemuk. Kegemukannya itu akan menjadi sebab kepada kebinasaannya. Kerana ia akan disembelih untuk dimakan” (Abu Yusuf)

Dalam satu pekeliling yang diedarkan oleh beliau kepada semua gabenor nya Umar menyebut, maksud nya:

“... Sesungguh nya saya menghantar kamu sebagai para pemerintah, bukan sebagai para penindas. Kamu diutus untuk menjadi pembimbing yang diikuti. Kerana itu tunaikan semua hak orang Islam. Jangan kamu pukul mereka, nanti mereka akan rasa terhina. Sebalik nya pula jangan kamu puji mereka, nanti mereka akan terpedaya. Jangan kamu menutup pintu terhadap mereka, nanti yang kuat akan menindas yang lemah di kalangan mereka sendiri. Jangan kamu mengutamakan diri kamu berbanding mereka, nanti kamu akan menzalimi mereka pula” (Abu Yusuf)
Ulama dan umara perlu digarap dalam setiap diri seseorang pemimpin terutamanya dalam kepimpinan negara islam. Islam ini agama yang sistematik dan menyeluruh. Maka selagi pemimpin nya menjalan sistem pemerintahan mengikut acuan yang telah ditetapkan dalam islam, insyaAllah orang-orang yang berada dibawah juga tidak akan terpesong daripada landasan AL-Quran dan Sunnah dan akhirnya dapat membentuk cara hidup islam (AD-DEEN) yang sejagat. Itulah penting adanya Ulama dan Umara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com