Ads 468x60px

Monday, September 5

Dari Meja Cikgu buat sahabat....

Assalammualaikum, 
buat semua sahabat ana yang sudi membaca warkah nukilan ana ini…alhamdulillah, ana merafakkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana masih memberi ruang dan masa untuk ana meneruskan perjalanan hidup dalam melakar sejarah di warkah ini. Dengan nikmat yang tidak putus-putus dikurniakan terutamanya nikmat iman dan nikmat islam dapatlah ana mewarnai suasana kehidupan ana hari ini dengan lebih sempurna..alhamdulillah…ana berbanyak-banyak syukur…Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan istiqamahnya Nabi dalam usaha-usaha menyebarkan risalah Allah SWT dan akhirnya hari ini kita dapat mengecapi cara hidup islam (AD-DEN) yang sempurna.

Dalam ruangan ini ana memohon maaf kerana ana sudah lama tidak mengupdate warkah ana ini…Sejak kebelakangan ini ana dihujani dengan pelbagai  assignment, test,serta kuiz yang datang dari arah yang sama. Maklumlah ana kini berada di institusi baru..mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri...dan dalam ruang yang ada ini, ana akan ceritakan serba sedikit pengalaman ana sebagai titipan buat sahabat ana sebelum ana melangkah kaki keinstitusi yang diberi nama UPSI atau singkatan nama daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris…


Sebelum ini ana belajar di Politeknik Merlimau dalam kejuruteraan awam yang suasananya amat berbeza berbanding di UPSI…Ana sememangnya bergiat aktif dalam mana-mana aktiviti asalkan ber ilmiah dan tidak melanggar hukum syarak...ana masuk pelbagai kelab sehinggalah ana tercalon pula dalam pilihanraya peringkat politeknik mewakili jabatan…alhamdulillah ana berjaya juga mendapat tempat kedua tertinggi dalam pengundian tersebut…memang ana betul-betul bersyukur..macam jadi wakil rakyat pula…tapi bukan senang nak menggalas jawatan ni…amanah tu kalau salah gunakan, jawab lah sendiri diatas sana….yang menarik skali apabila berurusan dengan artis-artis….yelah setiap event nak menarik perhatian pelajar kan kena cari artis yang popular…bersama hijjaz, inteam, All one, Prof Dato’ Fadzilah Kamsah dan lain-lain..memang seronok juga dapat berhubung dengan artis…..


Ana juga tidak lupa akan perjuangan ana dalam islam….ana memang minat bidang berkaitan dengan agama…ana diberi amanah sebagai lajnah penerangan sahabat merangkap bilal pusat islam di politeknik ana iaitu Politeknik Merlimau, Melaka. Memang lihat macam senang je tapi kalau tidak laksanakan…paham-pahamlah…disini juga titik permulaan ana membina ukhwah antara ahli organisasi ana terutamanya muslimin iaitu dengan usrah…Alhamdulillah..ana dapat rasakan hidup berkeluarga dan yang paling penting ana dapat merasai semangat dalam memperjuangan agama Allah SWT.



Carier Nasyid sememang nya  cukup-cukup ana minati…semasa di politeknik, ana menguruskan perjalanan program nasyid bermula semester pertama…Alhamdulillah, ana berkesempatan juga membuat lawatan ke studio artis nasyid tanah air…semasa semester  kedua pula ana bukan sekadar mengelola tetapi berkesempatan skali lagu untuk menyanyi…jadi artis politeknik…bolehlah tahan juga…bagai hendak menyebar dakwah kepada pelajar yang digelar mahasiswa/mahasiswi…


Sebelum ana meneruskan pembelajaran ana di UPSI, sempat lagi ana nak rasa bagaimana menjadi seorang pendidik…Sebenarnya selepas SPM ana telah pun mengajar di sebuah sekolah dalam masa hanya  4 bulan…Alhamdulillah ana teruskan pengalaman ana sebelum ke UPSI juga mengajar di sebuah sekolah dimana sekolah ini merupakan sekolah ana semasa darjah satu…dapatlah ana rasa bagaimana guru-guru ana rasa semasa mendidik ana dulu…cukup bermakna daripada seorang guru kini menjadi kawan/sahabat dan bekerja dalam satu organisasi...tapi ana tetap kenang jasa guru ana…

Sempat lagi beri ucapan semasa perhimpunan rasmi...


Dan kini ana berada di UPSI, institusi di tanah gersang negri Perak yang tercinta…jutaan syukur..walaupun ana belajar nun jauh diperantauan, sahabat-sahabat ana yang lama masih tidak dapat ana lupakan…Jadi ana sediakan ruangan ini khas buat sahabat-sahabat ana yana tercinta….
InsyaAllah...semoga terhibur......

3 comments:

  1. tengok pintu gerbang UPSI XSABO lak nak blik ari sbtu nih.. huhuhu tugasan sedang menanti.. moga tercipta banyak kenangan utk last sem

    ReplyDelete
  2. selamat datang ke UPSI...(dari senior untuk junior...hehehehe)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sample text

Copyright 2011 @ Laman Rasmi Cikgu Amirul2u. PENAFIAN :Cikgu Amirul2u adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh cikguamirul@yahoo.com